Tekanan memang seringkali dialami oleh manusia tidak kira tua mahupun muda.
Tekanan mesti dikawal dengan bijak supaya tidak terjadi sebarang tindakan di luar kewarasan akal fikiran.
Adakah anda salah seorang yang sedang mengalami tekanan?
Jangan bimbang kali ini kami ingin kongsikan artikel tentang cara mengurangkan tekanan yang boleh anda cuba:
1. Mencari dan Menikmati Ketenangan
Luangkan masa untuk berjalan-jalan di kawasan persekitaran tenang seperti di tepi pantai, sungai atau taman rekreasi. Carilah ketenangan dengan menikmati segala keindahan yang telah dianugerahkan oleh Ilahi dan lupakan seketika segala masalah yang dihadapi. InsyaAllah hati akan lebih tenang.
2. Perbanyakan membaca Al-Quran
Al-Quran patut dijadikan teman akrab sepanjang waktu. Dengan membaca Al-Quran hati menjadi lebih tenang dan berfikir lebih rasional. Malah, ganjaran yang besar akan diberikan Allah S.W.T bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat.
3. Lakukan senaman pernafasan mendalam
Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas perlahan-lahan dengan mendalam dan kemudian hembuskan dengan sepenuh hati seperti melepaskan segala bebanan yang terletak di bahu.
4. Lakukan aktiviti luar seperti bersukan, jogging, beriadah
Badan yang cergas akan membentuk otak yang cerdas. Jadi segala tekanan akan dapat dilupakan apabila melakukan aktiviti luar yang dapat menyihatkan badan seperti bersukan dan jogging. Situasi akan menjadi lebih gembira jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Tambahan, ia dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan.
5. Mendengar lagu atau muzik yang mendamaikan
Mendengar lagu atau muzik yang mendamaikan banyak mendatangkan faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami tekanan perasaan. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah tinggi, melegakan badan dan mententeramkan minda anda. Tapi anda perlulah memilih muzik yang lembut dan sesuai.
6. Terima keadaan seadanya atau redha dengan ketentuan Ilahi
Jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut kehendak kita kerana tidak semua yang kita ingini akan menjadi kenyataan. Dalam keadaan ini, ada baiknya jangan terlalu mengharap sesuatu yang terlampau hebat supaya anda tidak merasa terlalu kecewa lantas tertekan jika tidak memperolehinya. Terima keadaan seadanya dan berbahagia serta menghargai apa yang ada tanpa membandingkan dengan apa yang orang lain dapat.
Oleh: hzqahmd
0 comments:
Post a Comment