Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 29, 2014

No Comment

Flappy Bird sememangnya merupakan aplikasi permainan yang menjadi fenomana disebabkan oleh ‘gameplay nya’ yang menguji tahap kesabaran si pamain.

Aplikasi permainan ini menjadi viral di laman youtube apabila ada sahaja video yang membuatkan si pemain marah lalu memecahkan harta-benda. Sememangnya permainan yang menggunakan grafik 2D ini sangat menguji kesabaran.


Bagi yang tidak mengenali akan permainan Flappy Bird, ia merupakan sebuah permainan ringkas yang mana memerlukan pengguna untuk mengawal watak burung, dan mengelak daripada pelbagai halangan untuk mencatatkan markah yang tinggi.

Ia dikatakan Flappy Bird yang akan diterbitkan semula pada bulan Ogos ini akan membawakan beberapa perubahan, termasuk salah satunya adalah penambahan sokongan permainan multiplayer.

Jadi, bagi para peminat permainan tersebut, mungkin boleh tandakan bulan Ogos pada kalendar anda, dan nantikan apakah yang akan dibawakan oleh permainan Flappy Bird baru kelak.

Sumber: Techcrunch / hzqahmd / Mynewshub

0 comments:

Post a Comment