KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, berkata tindakan itu akan memberi kesan kepada rantaian perniagaan di negara ini termasuk pembekal dan peniaga tempatan.
“Saya menerima pandangan dan menghormati hak mana-mana pihak dan individu yang memboikot, namun mereka juga perlu menilai keuntungan yang diterima syarikat-syarikat tempatan yang menjadi pembekal bahan-bahan mentah dan industri selama ini.
“Kita juga tidak sepatutnya terlalu beremosi kerana ada rakyat kita yang bekerja dengan syarikat-syarikat berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis ramah mesra Aidilfitri anjuran Perbadanan Harta Intelek (MYIPO) di sini, hari ini.
Serangan tentera Israel ke atas Gaza sejak 8 Julai lepas dilapor mengorbankan 1,886 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak, serta menyebabkan ramai penduduk kehilangan tempat tinggal.
Sejajar dengan itu, gesaan memboikot produk keluaran syarikat yang berkaitan dengan Israel dibuat oleh orang ramai dan badan bukan kerajaan (NGO) negara ini bagi memberi tekanan kepada ekonomi negara tersebut.
Sementara itu, dalam satu kenyataan akhbar, kementerian itu menyatakan sebanyak 73,398 premis perniagaan telah diperiksa di seluruh negara sejak 20 Julai sehingga 5 Ogos lalu sempena pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2014.
Hasil pemeriksaan itu, 127 kes dibuka pihak kementerian melibatkan dua kes pemborong dan 125 kes peruncit dengan rampasan bernilai RM6,220 dan nilai kompaun sebanyak RM14,600. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment