Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 7, 2014

No Comment

KUALA TERENGGANU – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu mengesan kes jangkitan penyakit kuku dan mulut membabitkan empat ekor lembu di negeri ini sejak minggu lepas.

Pengarah JPV negeri Dr Abdul Razak Mohd Zailan berkata pihaknya sudah mengambil langkah sewajarnya bagi mengekang penularan wabak itu.

“Jangkitan itu telah kita kesan di empat buah kampung yang kesemuanya di kawasan Kuala Terengganu, melibatkan empat penternak (masing-masing seekor lembu)…kita khuatir lebih banyak lagi lembu dijangkiti sekiranya tiada kawalan rapi dibuat,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya setakat hari ini, tiada laporan kematian haiwan ternakan yang dijangkiti wabak berkenaan.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan semua JPV daerah supaya turun padang dan mengadakan program rawatan dan suntikan vaksin ke atas ternakan lembu terutamanya di kawasan berisiko sebaran penyakit itu mulai Ahad ini.

Dr Abdul Razak berharap penternak segera melaporkan kepada JPV jika mendapati ternakan mereka mengalami simptom penyakit kuku dan mulut seperti lidah dan mulut berkudis, air liur bertali, celah kaki berkudis dan tidak dapat berdiri.

“Kita minta buat masa ini penternak lembu jangan melepaskan ternakan secara bebas bagi memudahkan pihak berkuasa JPV menjalankan tugas menyuntik vaksin,” katanya.

Katanya ekoran penyakit itu dikesan di Kuala Trengganu, proses penyembelihan lembu di kawasan itu hendaklah dibuat di rumah sembelih JPV di Gong Badak di sini.

Menurutnya, sampel daripada lembu dijangkiti penyakit itu telah diambil dan dihantar ke makmal veterinar di Kota Baharu, Kelantan untuk mengetahui punca penyakit itu. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment