Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 1, 2014

15 comments

SHAH ALAM – HSBC menafikan tindakannya menutup beberapa akaun pelanggannya yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam adalah satu bentuk diskriminasi.

HSBC dalam satu kenyataan melalui HSBC Bank Malaysia Bhd semalam berkata, keputusan menghentikan hubungan dengan pelanggan bank itu tidak diambil ringan dan sama sekali tidak berdasarkan bangsa atau agama pelanggan.

“Diskriminasi terhadap pelanggan berasaskan bangsa atau agama adalah tidak bermoral, tidak boleh diterima dan tidak dibenarkan dari segi undang-undang,” menurut kenyataan itu.

HSBC berkata, bank itu mempunyai peraturan dan dasar menyeluruh yang diguna pakai untuk memastikan keputusan perbankan tidak dibuat berdasarkan faktor bangsa atau agama.

HSBC bagaimanapun enggan mengulas berhubung akaun tiga NGO Islam di United Kingdom (UK) yang akan ditutup itu.

Namun menurut HSBC, bank itu didenda sebanyak AS$1.9 bilion (RM6 bilion) pada Disember 2012 oleh pihak berkuasa UK dan Amerika Syarikat serta perlu menandatangani perjanjian pendakwaan tertangguh.

“(HSBC) menjalankan program penilaian strategik dalam semua perniagaannya. Berdasarkan penilaian berterusan ini, kami telah menamatkan hubungan dengan pelanggan individu dan perniagaan di lebih 70 negara.

“Perkhidmatan (perbankan) yang kami berikan kepada pertubuhan kebajikan tidak dikecualikan daripada penilaian di peringkat global ini,” menurut HSBC. – Sinar Harian Online

15 comments:

  1. Boikot saja. Banyak lagi bank di Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya x ada akaun dfn hsbc tp bagi sapa yg ada tlgla pertimbangkan utk pindak ke bank lain..nmpak sgt ada yg tgh cucuk dri belakang tu

      Delete
    2. Tutup akaun dgn HSBC...kata orang bank ini bank racist dan banyak diskriminasi terhadap kakitangan melayu Islam...betul atau tidak hanya staff dia yang melayu dan berani saja yang boleh sahkan! Pernah ada akaun dulu tapi...dah 10 tahun tutup. Sebab rasa macam didiskriminasi. Buka akaun dengan bank Islam... atau bank rakyat atau bsn...

      Delete
  2. Itu jawapan standard.HSBC bolih tutup mana mana akaun pelanggan dengan memberi notis tanpa memberi sbrg alasan.so fikir sendiri la..

    ReplyDelete
  3. kita pun boleh tutup akaun kita kay hsbc tanpa sebarang alasan gak..so tutup je ler

    ReplyDelete
  4. Ala semua ni alasan ja..jom pindahkan duit kita ke akaun bank lain kasi lingkup ini bank walakaka ^_^

    ReplyDelete
  5. Jawapan yg std. Sekadar jawapan. Boikot jer bank ni. Kita ada local bank yg sama baik. Saya ada akaun dgn hsbc dan beberapa bank tempatan. Tiada bezanya perkhidmatan mereka. Kita tidak rugi apa apa....boikot saja..

    ReplyDelete
  6. dia kata lain, buat lain. macam whoa!!! dia keluar satu statement "kita tak diskriminasi berdasarkan kaum atau agama". My foot la.

    Wahai kamu sekalian terlalu banyak udang sebalik mee baru2 ini. Susah nak tangkis idea yang Malaysia tiada di radar USA atau Israel langsung. Teruskan boikot. Kalau boikot tak berkesan tak ada dia nak bukak cerita McD tu "menguntungkan orang malaysia sendiri". Kalau boikot tak berkesan tak ada dia nak taruk iklan McD dengan muka2 melayu. Kalau boikot tak berkesan, takkan Yair Lapid bekas menteri kewangan Israel memberi amaran kepada rakyat dia yang "growing boycott will hit each of us in the pocket".

    Faiza faraghta fanshob. Next, kita berhenti order Nescafe, Milo atau Neslo. Yahudi bukan bodoh. Banyak nama lain dia pakai. Sprite bawah coca cola. Tropicana bawah coca cola. Dasani yang bunyi arab2 tu pun coca cola. Pandai dia. Melayu pun kena mula pandai. Aku sangsi kita melayu ni dah bawah radar dia sekarang. Anak2 mesti ajar pandai baca sebelum masuk sekolah lagi. Ayuhlah bangkit semua

    ReplyDelete