Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 1, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kontinjen negara kembali ceria, hari ini selepas Ooi Tze Liang membuat kejutan apabila memenangi pingat emas acara terjun 3 meter papan anjal lelaki di Glasgow, awal pagi ini.

Ini adalah emas keempat negara dan kejayaan oleh anak muda 20 tahun ini membangkitkan semula semangat kontinjen memburu sasaran tujuh emas.

Penerjun berasal dari Pulau Pinang yang sebelum ini pernah berkata mahu menjadi juara Sukan Komanwel 2014 berjaya mencapai impian itu selepas mengumpul 457.60 mata di Royal Commonwealth Pool.

Dalam acara berkenaan, dia berjaya menewaskan penerjun nombor dua dunia, Jack Laugher dari England yang sekadar berpuas hati menang perak selepas menghimpun 449.70 manakala gangsa menjadi milik rakan senegaranya, Oliver Dingley (425.20).

Seorang lagi penerjun negara, Ahmad Amysar Azman menghuni tangga kelima daripada 12 peserta dengan mengutip 412.65. – Berita Harian

0 comments:

Post a Comment