Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 1, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) seluruh negara dilaporkan terkawal setakat 8 pagi tadi.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway berkata aliran trafik menjadi perlahan di KM406.1 arah selatan dari Tanjung Malim ke Lembah Beringin dan di KM426.6 arah selatan dari Bukit Beruntung ke Bukit Tagar.

“Aliran trafik turut perlahan di KM17.6 arah utara dari Putrajaya ke Bandar Saujana Putra. Trafik dijangka sesak pada pukul 1 tengah hari ini terutama di Jambatan Pulau Pinang,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik mengalami kesesakan di Bangunan Sultan Iskandar dari Malaysia ke Singapura dan Bakar Batu di KM0.5 ke CIQ.

Maklumat terkini trafik boleh didapati menerusi talian bebas tol PLUSline 1800-88-0000 atau laman sesawang www.twitter.com/plustrafik dan hotline Lembaga Lebuhraya Malaysia 1800-88-7752 atau www.twitter.com/LLMinfotrafik. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment