Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 1, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Tiga kawasan perairan dijangka mengalami ribut petir akibat Ribut Tropika Nakri di kawasan kira-kira 2,398 km ke Timur Laut Kudat, Sabah yang dikesan semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi setakat jam 5 pagi, perairan Perak, Terengganu dan Sarawak (Rejang, Mukah dan Bintulu) akan mengalami ribut petir yang boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 km sejam dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter yang berbahaya kepada bot-bot kecil.

Sehubungan itu, jabatan berkenaan mengeluarkan amaran angin kencang kategori pertama dengan kelajuan 40 hingga 50 km sejam di kawasan perairan Perlis, Kedah, dan Sabah (Kudat dan Pantai Barat) yang dijangka berterusan sehingga Selasa depan.

Ribut Tropika Nakri dikesan berlaku pada Latitud 26 darjah Utara dan Longitud 127.3 darjah Timur, kira-kira 2,398 km ke Timur Laut Kudat, Sabah pada pukul 11 malam Khamis. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment