Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 17, 2014


Rawang - Seorang warga emas berdepan detik cemas apabila dipukul dan dibogelkan sebelum disamun sewaktu bersenam sekitar jam 6 pagi berdekatan kawasan kediamannya di Bandar Country Homes, dekat sini.

Mangsa, Chen Hun Loong, 67, berkata, dia cedera di kepala dan menerima 10 jahitan selepas dipukul menggunakan besi sebanyak tiga kali.

Menceritakan kejadian, Hun Loong menjalankan rutin hariannya seperti biasa dengan berjalan bersendirian sebagai senaman ringan hanya beberapa meter dari rumahnya sebelum didatangi dua lelaki menaiki motosikal.

“Saya perasan ada motor berhenti dan terus memukul saya hingga terjatuh Mereka tanggal seluar untuk ambil wang.

“Mereka tidak pakai helmet tapi saya tak dapat cam mereka sebab hari masih gelap, kejadian juga berlaku terlalu pantas,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Anak mangsa, Cindy Chen, 47, berkata, dia terkejut apabila ayahnya pulang dengan keadaan kepala berdarah pada hari kejadian.

“Tiada orang yang membantunya dan pulang dalam keadaan cedera menyebabkan kami tidak lagi benarkan dia keluar berjalan sendirian.

“Penjenayah sekarang semakin ganas selain merompak mereka juga gunakan kekerasan jika melawan,” katanya.

Cindy berkata, penjenayah terbabit melarikan seluar mangsa bersama wang tunai RM20.

Selang beberapa minit selepas itu, seorang wanita, Chia Leng Long, 59, turut disamun dipercayai penjenayah yang sama namun bernasib baik tidak dicederakan.

“Mereka ragut beg kain ada wang tunai RM300 di dalamnya untuk mulakan perniagaan kedai makan.

“Saya ketika itu berjalan kaki ke gerai sekitar jam 6.15 pagi dari lorong 1/16. Kejadian berlaku di 1/8 beberapa meter dari kawasan rumah saya,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Country Homes, Soong Beng Khoon meminta mangsa membuat laporan polis untuk memberi gambaran sebenar kejadian jenayah yang berlaku di kawasan tersebut.

“Banyak kes tidak dilaporkan kerana prosedurnya yang lama dan masalah komunikasi, tapi perkara itu perlu diambil serius kerana penting untuk pihak polis mengetahui statistik jenayah di sini.

“Kekerapan berlaku jenayah di sini sangat membimbangkan. Saya harap jumlah anggota polis dapat ditingkatkan dan berusaha menangani masalah jenayah untuk membuang persepsi negatif kepada institusi itu,” katanya. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment