Puak Sunni Mahu Kekang ISIL
BAGHDAD -IRAQ. Kumpulan puak Sunni di Iraq berikrar membantu bakal Perdana Menteri Haider al-Abadi dalam usaha mengekang tindakan ganas Kumpulan negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) yang kini makin ganas di negara itu.
Kenyataan itu disuarakan selepas Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki didesak melepaskan jawatannya itu secepat mungkin.
Pemimpin puak Sunni paling berpengaruh, Ali Hatem Suleiman berkata, beliau bersedia bekerja sama dengan Haidar untuk merangka pentadbiran baharu termasuk memberi hak kepada puak Sunni yang sebelum ini menguasai Iraq ketika era Saddam Hussein.
"Kami bersedia bergabung dengan Amerika Syarikat dan tentera kerajaan untuk bertempur dengan ISIL. ISIL makin ganas selepas menguasai Mosul," katanya dipetik Agensi
Menurutnya, kegagalan tentera melawan ISIL disebabkan ramai askar dan polis berpaling tadah dengan menyertai kumpulan itu kerana tidak berpuas hati dengan Nouri.
Sementara itu, Ahli Parlimen Yazidi, Hoshiyar Zebari melaporkan, ISIL membunuh lebih 80 orang di sebuah kampung di utara negara itu.
"Mereka membuat kecoh di kampung itu kira-kira sejam sebelum membunuh dan menculik penduduk," katanya. - Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment