Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, June 29, 2014

No Comment

BELO HORIZONTE – Jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari akur betapa elemen tuah memainkan peranan membantu pasukannya layak ke suku akhir Piala Dunia, awal pagi tadi apabila bergelut sebelum menewaskan Chile 3-2 menerusi sepakan penalti.

“Jika anda tidak mengeksploitasi beberapa peluang depan mata, anda boleh tersingkir. Kami nyaris mengundang padah pada minit ke-118 apabila rembatan pemain Chile terkena palang,” kata Scolari.

Terdahulu, kedua-dua pasukan seri 1-1 selepas 90 minit pertama dan kedudukan tidak berubah selepas masa tambahan pada saingan kelompok 16 terakhir di Stadium Mineirao di Belo Horizonte.

David Luiz memberi gol pendahuluan untuk Brazil pada minit ke-18 sebelum Alexis Sanchez menyamakan kedudukan pada minit ke-32.

Scolari turut berharap pemainnya yang keletihan serta tercedera, termasuk Neymar dapat pulih segera sebelum suku akhir.

“Neymar mengalami kecederaan paha kanan pada permulaan permainan selepas dirempuh Charles (Aranguiz) pada minit keempat. Kami harus melihat kepincangan ini dan ada tiga atau empat hari untuk memastikan dia dapat turun gelanggang lagi.

“Kami harus pulih segera dan belajar daripada apa yang berlaku untuk meningkatkan kemajuan pada perlawanan berikut,” katanya. – AFP

0 comments:

Post a Comment