Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, June 30, 2014

No Comment


KOTA BHARU - ‘Red Warrior The Movie’ bakal menemui peminat penghujung tahun ini, menampilkan barisan pemain TRW dalam filem itu, di samping beberapa pelakon utama sebagai tarikan baharu dalam dunia bola sepak Kelantan.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, penggambaran filem tersebut telah bermula sejak dua minggu lalu dan akan berjalan dalam masa dua bulan sehingga selepas Aidilfitri ini.

“Kita harap produk terbaharu Red Warrior ini akan siap dalam masa tiga bulan dan boleh ditayangkan kepada umum pada penghujung tahun ini.

“Pada mulanya, saya tidak yakin dan tidak menyangka bola sepak boleh difilemkan, berdasarkan skripnya ia bukan menceritakan bola sepak semata-mata, malah jalan ceritanya menarik berkisarkan kepada kemasyarakatan menggunakan bola sepak sebagai latar belakang dalam kehidupan masyarakat Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Latihan Kemahiran dan Keusahawanan Empower ECER di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Ketereh, di sini, semalam.

Turut serta dalam program itu, pengacara tersohor negara, Datuk Aznil Nawawi yang dibawa khas bagi menceritakan kejayaannya sebagai usahawan dalam ceramah motivasi bertajuk ‘Nak Kaya Ketahui Rahsia Usahawan’.

Sementara itu dalam perkembangan sama, Annuar berkata, filem berkenaan menampilkan isu kekeluargaan, selain minat seorang anak kepada bola sepak yang memberikan kesedaran kepada ibu bapa bahawa sukan bola sepak mempunyai masa depan.

"Ia turut menyelitkan pelbagai peristiwa yang berlaku, rusuhan penyokong dan elemen kemasyarakatan yang akhirnya memberi impak positif dalam masyarakat yang menyatukan semua walaupun berbeza pangkat, darjat dan latar belakang.

“Semua pemain turut berperanan dalam filem ini dan ada juga dihantar ke kelas lakonan termasuk Wan Zack Haikal dan Zairol Fitrie yang  mengikuti kelas lakonan  dikendalikan oleh Fauziah Nawi.

“Penggambaran juga turut merakamkan perlawanan sebenar antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad V pada 13 Julai ini," katanya.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment