Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, June 29, 2014

No Comment
Walaupun sentiasa diperhatikan oleh rakan-rakannya sendiri dalam Pakatan Rakyat, khususnya tentang masalah air di Selangor, tetapi Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim masih menangkis gesaan yang mahukan beliau meletakkan jawatan.

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sedang menghadapi beban tekanan daripada rakan-rakan di Pakatan Rakyat yang mahu beliau berundur, tetapi itu tidak membimbangkannya. 

Selepas kekalahan memalukan dalam pemilihan PKR, Khalid dilihat terperangkap dengan pelbagai isu perbalahan lain, termasuk isu rampasan Bible yang tidak dapat diselesaikan dan masalah air yang kembali dihadapi di negeri ini.

Khalid telah bertindak balas dengan membidas pengkritik-pengkritiknya, pemimpin-pemimpin termasuk DAP dan PKR yang telah menuntut beliau meletakkan jawatan.

Beliau menegaskan, jika sekali pun beliau kalah dalam pemilihan PKR bagi jawatan timbalan presiden, ia tidak bermakna beliau harus meletak jawatan sebagai Menteri Besar.

"Tidak pernah ada fasal mengatakan jika anda gagal dalam pilihan raya parti, anda perlu meletakkan jawatan sebagai seorang Menteri Besar.

"Sebagai contoh, jika anda kalah sebagai ahli Parlimen, maka anda tidak boleh menjadi menteri. Itu ok. Tetapi jika anda seorang ahli Parlimen, anda tetap kekal sebagai ahli Parlimen sehingga pilihan raya umum akan datang," katanya.

Khalid juga berkata bahawa sistem pemilihan PKR mempunyai kecacatan, kerana berlakunya blackout semasa proses pengiraan undi bagi Cabang Kuala Selangor yang menyebabkan beliau tewas kepada bekas Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam.

"Saya menyertai PKR kerana saya mahu menjadi sebahagian daripada parti yang memperjuangkan hak-hak rakyat selaras dengan nilai-nilai demokrasi.

"Tetapi malangnya, saya melihat beberapa kelemahan, terutamanya dalam proses kiraan undi dan ini adalah isu yang serius untuk parti seperti PKR."

Dalam respons segera, penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jawatan Menteri Besar bukanlah sebuah milik peribadi.

Dalam satu kenyataan yang menggesa semua Ahli Dewan Undangan Negeri dan pemimpin parti untuk menghormati peraturan dan tatasusila mengenai perkara itu beliau berkata: 

"Kedudukan Menteri Besar bukan menjadi agenda peribadi dan juga bukan menjadi milik mana-mana individu tetapi adalah hasil daripada keputusan PKR dan Pakatan Rakyat, dengan mendapat perkenan Sultan." 

Khalid, yang bersaing jawatan timbalan presiden menentang penyandang Azmin Ali dan Setiausaha Agung Datuk Saiffudin Nasution, berkata siasatan yang menyeluruh perlu dilakukan untuk mengetahui jika terdapat unsur-unsur sabotaj dalam proses pemilihan.

Manikavasagam, yang digantung tetapi dilepaskan semula baru-baru ini, meraih 701 undi berbanding Khalid yang hanya mendapat 515 undi untuk memenangi jawatan Ketua Cabang KUala Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR Datuk Johari Abdul mengesahkan bahawa terdapat gangguan bekalan elektrik semasa proses penjumlahan undi undi tetapi menafikan sebarang gangguan dalam proses pengiraan undi.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment