Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, June 29, 2014

No Comment

LOS ANGELES – AMERIKA SYARIKAT. Pendukung watak utama siri Transformers, Shia LaBeouf ditahan pihak berkuasa di sebuah studio kerana menyebabkan gangguan dan menggunakan bahasa lucah kepada pihak berkuasa.

Menurut jurucakap pihak New York Police Department (NYPD), George Tsourovakas, pihaknya menerima laporan berkenaan kelakuan luar batasan aktor tersebut di studio terbabit dan sebaik tiba di sana, pengawal keselamatan telah pun mengarahkan LaBeouf untuk beredar namun dia enggan berbuat demikian.

Sejurus selepas itu, pemegang watak Sam Withwicky bagi siri Transformers itu menjadi tidak terkawal dan mula mengeluarkan perkataaan lucah sehingga mengganggu ketenteraman orang awam.

“Dia menjadi sukar, agresif dan tidak terkawal secara lisan, sehingga ke satu tahap, beliau enggan beredar walaupun diminta oleh pihak pengawal dan ketika itulah pihak kami terpaksa ambil tindakan.

“Beliau kini telah ditangkap dan ditahan,” katanya.

Mengesahkan penahanannya, Pegawai Penyiasat Brian Sessa berkata, LaBeouf terpaksa diiring keluar dari studio tersebut bersama pihak polis selepas gagal bekerjasama dengan pihak polis.

Menurut sebuah laporan portal semalam, dia kini berada dalam tahanan pihak polis untuk tindakan lanjut manakala jurucakap LaBeouf masih gagal untuk dihubungi bagi kenyataan lanjut.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment