Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, June 29, 2014

No Comment

BELO HORIZONTE (Brazil): Penyokong bola sepak Brazil berusia 69 tahun maut akibat serangan jantung semasa menonton aksi penentuan sepakan penalti antara Brazil dan Chile, awal pagi tadi. 

Lelaki berkenaan mengadu kurang sihat selepas Brazil menang penentuan sepakan penalti apabila perlawanan terikat 1-1 selepas masa tambahan. 

Peminat fanatik berkenaan yang menghidap diabetis, meninggal dunia tidak lama selepas dibawa ke hospital, lapor portal berita G1 dan akhbar Estada de Minas. 

Media tempatan melaporkan, pegawai kesihatan terpaksa merawat sekurang-kurangnya 100 orang semasa perlawanan, termasuk wanita berusia 50 tahun akibat masalah jantung. - AFP 

0 comments:

Post a Comment