Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 28, 2014

No Comment
Gambar hiasan

TAMPIN – Seorang pelajar tingkatan empat di daerah ini terpaksa dikejarkan ke Hospital Melaka (HM) akibat cedera parah dipukul dan dihentak dengan topi keledar di luar pekarangan sebuah sekolah, dekat sini, Rabu lalu.

Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira 1 petang itu, pelajar lelaki berkenaan sedang berjalan untuk menaiki bas pulang ke rumah, sebelum didatangi empat lelaki menaiki dua motosikal yang juga bekas pelajar sekolah terbabit.

“Dipercayai suspek berang dengan tindakan sekumpulan pelajar yang berada di dalam kawasan sekolah membaling batu ke arah suspek selepas salah seorang daripada suspek membuat bising dengan motosikal.

“Jadi sebaik mangsa keluar dari sekolah, suspek telah bertindak ganas dengan membelasah pelajar itu menggunakan dua buah helmet sehingga salah satu daripada helmet tersebut pecah,” katanya dekat sini, semalam.

Tambah sumber, seorang pelajar lain yang nekad menyelamatkan mangsa turut dipukul namun hanya mengalami cedera ringan.

“Mangsa yang cedera parah di kepala, badan dan tangan dikejarkan ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintenden Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu kesemua suspek berjaya ditahan beberapa jam selepas kejadian.

“Suspek berusia 17 hingga 19 tahun diberkas di kawasan Gemencheh dan direman selama tiga hari. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Kesemua suspek bakal berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan itu jika sabit kesalahan,” katanya.

Sumber: Sinar online

0 comments:

Post a Comment