Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, June 29, 2014

No Comment

BELO HORIZONTE – Pemain sensasi Colombia, James Rodriguez yang meledak dua gol ketika kemenangan 2-0 ke atas Uruguay di pusingan kedua Piala Dunia membuat peminat negara itu sudah melupakan penyerang bintang mereka yang cedera, Radamel Falcao.

Sebelum kejohanan, tidak ramai yang menyangka pemain berwajah ‘jambu’ ini mampu menggantikan lompong yang ditinggalkan Falcao malah lebih mengejutkan, mampu mengumpul lima gol untuk bergelar penjaring terbanyak kejohanan setakat ini.

Rodriguez setakat ini berjaya menyumbang gol dalam semua perlawanan Colombia di peringkat kumpulan dan kalah mati selain dinobat pemain terbaik perlawanan sebanyak tiga kali.

Dan ketajamannya depan gawang lawan akan menjadi buah mulut pertembungan suku akhir menentang tuan rumah Brazil, Jumaat ini namun bagi Rodriguez, ia bukanlah masa buatnya untuk berbangga diri.

“Brazil memang satu pasukan yang sukar. Mereka memiliki pemain yang hebat dan mereka juga mempunyai sejarah tersendiri. Namun kami perlu pergi ke atas padang untuk memburu kemenangan, seperti yang kami selalu lakukan,” katanya.

Menyambut hari lahirnya yang ke-23 sehari sebelum Piala Dunia Brazil membuka tirainya, Rodriguez mencipta nama di pentas terbesar dan ramai mula menjangkakan dia bakal memperoleh hadiah terbaiknya.

Selain menjaringkan gol, Rodriguez yang juga pemain sayap di kelab AS Monaco turut mencipta dua gerakan menarik yang membuka jalan kepada rakan sepasukannya untuk meledak gol.

Jaringan pertama di Stadium Maracana ketika menentang Uruguay jelas mengejutkan dunia selepas melepaskan satu rembatan voley menarik menewaskan lima pertahanan Uruguay dan dianggap tercantik setakat ini. – Agensi

Biodata

Nama: James Rodríguez
Tarikh lahir: 12 Julai 1991
Umur: 22 tahun
Asal: Cucuta, Colombia
Tinggi: 1.80m
Posisi: Tengah-sayap
Kelab: AS Monaco (sejak 2013)
Skuad Colombia: Sejak 2011
Jumlah gol: 10 (26 penampilan)

INFO
Senarai pendahulu penjaring terbanyak

5:
James Rodriguez (Colombia)

4:
Thomas Mueller (Jerman)
Lionel Messi (Argentina)
Neymar (Brazil)

3:
Karim Benzema (Perancis)
Arjen Robben (Belanda)
Robin van Persie (Belanda)
Xherdan Shaqiri (Switzerland)
Enner Valencia (Ecuador)

0 comments:

Post a Comment