Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 28, 2014

No Comment

Bandaraya Cotabato – Penduduk Maguindanao menyaksikan pelancaran Masjid Merah Jambu sempena Ramadan ini di bandar Datu Saudi Ampatuan, yang dibina Datuk Bandar, Samsodin Dimaukom.

Beliau berkata, ia dibuka untuk kegunaan orang ramai bermula semalam.

Sementara itu, ulama berkumpul di kawasan ditentukan di Bandaraya Cotabato dan bandar sekitar Maguindanao bermula jatuh matahari semalam, untuk melihat anak bulan menentukan permulaan Ramadan.

Pada bulan Ramadan, umat Islam berpuasa bermula terbit fajar hingga terbenam matahari, bagi menunaikan rukun Islam ketiga.

“Jika anak bulan tidak kelihatan disebabkan pelbagai punca seperti kadar penglihatan teruk atau cuaca buruk, puasa akan bermula esok,” kata jurucakap Darul Iftah di Mindanao Tengah, Jaafar Ali.

Pengumuman Ramadan

Jaafar berkata, mereka akan membuat pengumuman akhir mengenai permulaan Ramadan pagi ini di stesen radio tempatan.

Pejabat Wilayah Autonomi Muslim Mindanaao (ARMM), Gabenor Mujiv Hataman dan jabatan perdagangan dan industri akan mengendalikan pasar makanan Ramadan, yang membolehkan peniaga menjual makanan berbuka puasa pada harga murah.

Setiausaha Eksekutif ARMM, Laisa Alamia, berkata jualan di perkarangan kerajaan tempatan seluas 32 hektar akan dibuka Isnin ini.

Alamia berkata, pentadbiran Hataman mahukan suasana Ramadan berjalan lancar dan aman.

Jurucakap Unit Infantri Ke-6 Tentera, Kolonel Dickson Hermoso, memberitahu wartawan Gabenor Esmael Mangudadatu meminta unitnya mengecualikan anggota tentera beragama Islam daripada menjalani tugasan fizikal sepanjang Ramadan.

Sumber: Agensi

0 comments:

Post a Comment