Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, June 30, 2014

No Comment

Sekarang ini isu makanan halal dan haram amat diberi perhatian oleh masyarakat kita yang beragama Islam. Apa tidaknya, dengan isu cadbury dan meehun cap masjid sudah tentu para pengguna akan lebih berhati-hati dalam memilih produk khususnya makanan.

Kini Bafe Solution telah membangunkan satu perisian untuk memudah kita umat Islam dengan cepat mengesan status halal sesuatu produk. Perisian tersebut adalah “Halal Malaysia” (PlayStore) yang boleh dipasang pada telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android. Data perisian ini seratus peratus boleh dipercayai kerana ia berdasar data-data dari JAKIM. Bagaimanapun khidmat internet diperlukan untuk menggunakan perisian ini.

Bayangkan anda sedang membeli belah di pasaraya dan terpandang satu produk yang menarik perhatian anda dan anda ragu dengan status halalnya. 

Mengikut nasihat agamawan, apabila timbul rasa was-was, anda perlu jauhi makanan itu.

Akan tetapi dengan kehadiran perisian Halal Malaysia ini dengan cepat anda boleh mengenalpasti status halal produk tersebut.


Cara menggunakan perisian ini amat mudah. Taip sahaja nama produk tersebut contohnya “Cadbury” pada fungsi carian dan perisian ini akan memaparkan keputusan carian dalam beberapa saat saat. Produk tersebut disahkan halal jika ia tersenarai dalam senarai keputusan. Selain itu yang anda perlu tahu sekiranya nama produk tersebut tersenarai dan bewarna merah ia bermakna status halal produk tersebut sudah tamat tempoh. - SiakapKeli.com

Untuk mereka yang berminat dengan perisian ini boleh muat turun secara percuma di sini.

0 comments:

Post a Comment