Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, June 29, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR –  Seorang anggota Rela dan kakitangan Angkatan Tentera Laut ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kumpulan militan tempatan.

Anggota Rela berkenaan pernah ditahan di Kuala Kangsar pada 25 Jun dan dua hari selepas itu dia kemudiannya ditangkap oleh pegawai Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman.

Dengan penahanan itu menjadikan jumlah keseluruhan yang ditangkap ialah 19 orang, sejak operasi khas dilancarkan pada 28 April.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis percaya anggota Rela yang ditahan itu merupakan pakar membuat senapanag buatan sendiri yang telah dirampas dalam operasi sebelum ini.

“Kami juga percaya dia membekalkan peluru untuk latihan kumpulan militan berkenaan.

“Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman turut menyerbu sebuah rumah di Shah Alam pada 28 Jun lalu,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata kakitangan tentera laut yang ditahan itu dipercayai membantu ahli kumpulan militan berkenaan menyeludup masuk ke Malaysia selepas mereka selesai latihan di luar negara. - mStar

0 comments:

Post a Comment