Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 28, 2014

No Comment
Aminuddin (kiri) bersama sekumpulan kakitangan Jabatan Penjara Marang menunjukkan laporan
polis yang dibuat dan kenyataan penghinaan lelaki itu di Facebook
MARANG – Sekumpulan kakitangan Jabatan Penjara Marang mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas seorang lelaki yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW melalui Facebook.

Wakil mereka, Aminuddin Mahmood, menyifatkan kenyataan lelaki itu, yang pernah bertugas di Penjara Marang, sebagai melampau dan tidak boleh dibiarkan.

Menurutnya, tindakan lelaki itu, yang kini tinggal di Sabah, bukan sahaja biadab, malah seolah-olah mencabar kesabaran umat Islam.

“Saya dan rakan-rakan berasa tidak berpuas hati dengan tindakannya menghina Islam. Kami minta pihak berkuasa ambil tindakan segera terhadapnya,” katanya kepada Sinar Harian selepas membuat laporan di Balai Polis Marang, di sini, semalam.

Rakannya, Che Kamaruddin Abu Bakar berkata, kenyataan lelaki itu timbul ketika kemarahan orang Melayu dan Islam terhadap isu-isu seperti itu belum pun reda.

“Pihak berkaitan, khususnya kerajaan, perlu bertegas dalam isu sensitif seperti ini. Semakin banyak pihak yang berani menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW secara terbuka, terutamanya melalui Facebook,” katanya.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Risikin Satiman ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Hasil semakan terhadap akaun Facebook milik lelaki terbabit gagal menemui kenyataan yang menghina itu kerana akaunnya boleh dilihat rakan-rakannya sahaja, tetapi bukti penghinaan tersebut didakwa disimpan kakitangan berkenaan.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment