Di Gibraltar di
sebuah daerah Semenanjung Iberia dibawah naungan United Kingdom,
terdapat sebuah jalan yang akan ditutupi apabila adanya sebuah kapal
terbang yang akan melintas seperti melintasnya sebuah keretapi di jalan2
raya.
Diakibatkan oleh
saiz Gibraltar yang kecil maka ruang untuk membina lapangan terbang
adalah sangat terhad. Oleh yang demikian, sebuah landasan kapal terbang
telah dibina melintasi jalan raya utamanya.
Apabila terdapat kapal terbang yang mahu melakukan pendaratan atau berlepas maka laluan jalan raya tersebut akan ditutup sepertimana laluan jalan raya yang terdapatnya laluan lintasan keretapi.
Gibraltar asalnya
bernaung dibawah jajahan takluk Sepanyol sebelum ia diserahkan kepada
pihak British selepas kekalahan Sepanyol pada tahun 1713. Sehingga hari
ini terdapat pihak Sepanyol yang mahu agar Britain memulangkan semula
Gibraltar kepada Sepanyol.
Walaubagaimanapun
majoriti penduduk Gibraltar telah menolak kemahuan Sepanyol itu didalam
dua pungutan suara pada tahun 2002 dan 1967. Walaupun bersebelahan
dengan Sepanyol bahasa rasmi Gibraltar ialah Bahasa Inggeris.
0 comments:
Post a Comment