Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, October 21, 2012

No Comment
Penyokong Kelantan Maut Motosikal Terbabas Di Kuantan


KUANTAN – Seorang penyokong bola sepak Kelantan maut manakala rakannya parah selepas motosikal yang ditunggangi terbabas ketika cuba memotong kenderaan lain di Kilometer 328 Jalan Raub-Kuala Lipis dekat Raub, pagi tadi.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim, berkata dalam kejadian jam 9 pagi itu mangsa, Muhamad Saiful Daud, 19, dari Kampung Manek Urai Lama, Kelantan, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
“Mangsa dan rakannya dikatakan sedang dalam perjalanan ke Stadium Shah Alam bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia Kelantan bertemu ATM, malam ini,” katanya di sini, hari ini.
Rakan mangsa berusia 20-an yang mengalamai cedera parah dirawat di Hospital Raub (HR), katanya.
Mohamed Fauzi berkata, pihak polis telah memaklumkan kepada keluarga mangsa mengenai kejadian itu. Mayat mangsa dihantar ke HR untuk bedah siasat. – BERNAMA
Iklan Teks: 

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://www.facebook.com/people/Mohamad-Izuan-Razali/100001123596015 Mohamad Izuan Razali
    takziah…
  • p
    takziah…
  • Sapik
    takziah
  • asam
    takziah….smagat bola
  • hihihihihi
    takziah,,tu lee,,kata org jgn taksub sgat ,,
  • hate noobs people
    kamon la weh..ajal tu kan dah ditakdirkan oleh Allah..basic things…xkan tu pun xtau..noob =.=”
  • helmi
    itu bukan taksub la der…tu da ajal dia…otak jgn singkat…
  • john
    napok benar hihihihihi ni ore bodo
  • http://www.facebook.com/nurul.bhl Nurul Bhl
    bercakap tu jgn ikut mulut je.. ajal maut di tgn ALLAH… klu bukan nk tgk bola pun, klu Allah tulis yg ajal dia harini, so harini jgk la dia mnggl.. ada akal, guna.. itu gunanya org ada ugama jgk.
  • siku
    innalillahiwainnailaihirojiuun.
Custom Search

0 comments:

Post a Comment