Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 2, 2012

2 comments
Pokok Sarang Langsuir
Pernah dengar nama pokok langsuir? Sakat/Langsuir/Pontianak atau nama saintifiknya : Asplenium Nidus. Rasanya kalau tengok gambar kat atas tu, tentulah semua orang tau atau kenal pokok tersebut tetapi bukannya semua orang tau nama pokok itu disebut pokok langsuir, dari jenis paku-pakis dan hidup menumpang kat pokok-pokok besar yang tumbuh menliar di hutan. Memang orang suka menamamnya pokok ini sebab mungkin ianya cantik dan mudah ditanam.

 
Namun dalam pada itu ada juga kepercayaan orang melayu kita mengatakan pokok ini didiami oleh makhluk yang bernama langsuir tidak mustahil kerana asalnya pokok ini didalam hutan sememang pokok ini tumbuh di diatas pokok-pokok yang besar... jadi mudahlah makhluk itu bertenggek, mengilai dan ketawa. Mungkin disinilah bermulanya pokok ini di sebut "pokok langsuir" kebetulan gamaknya mungkin mereka pernah melihat dan mendengar suara hilaian tawa langsuir tersebut daripada pokok ini. Wa'allahhualam.
Pokok Jari Langsuir
Pokok yang diatas ini masih tergolong pokok langsuir, orang melayu menyebutnya "Jejari Langsuir" memang seram kalau anda mengetahui kisahnya... orang tua-tua dahulu melarang sama sekali pokok ini ditanam dihalaman rumah... hendak pulak kalau dirumah tersbut ada budak kecik memang sah baby tersebut menangis sentiasa. Jadi terserahlah pada diri masing-masing untuk mempercayai atau tidak. Moralnya kalau orang tua-tua dahulu melarang untuk membuat sesuatu ada sebab dan kebenaranya dan kita orang muda di hari ini main redah aje tanpa memikir disebaliknya.
  SK- Kalau berani dan tak kisah... bolehlah terus menanamnya kalau takut dan was-was buangkan sahaja... tak payah nak menanggung risikonya nanti :)

2 comments:

  1. ade bele pokok2 ni ....
    slalu bagi mkn sayur toge...
    rilek memlm bawah pokok ni ok jer..

    ReplyDelete
  2. Merepek..aku siap baja lagi..takde pun hantu menempek..

    ReplyDelete