Video yang anda lihat ini mungkin masih belum diketahui ramai, ia menunjukkan pelakon Fahrin Ahmad sedang menyanyi di dalam bas.
Tapi mengapa di dalam bas? Tak ada tempat lain ke Fahrin nak nyanyi?
Sebenarnya ia adalah sebahagian daripada cara mempromosikan pengangkutan awam di negeri Johor.
Penglibatan Fahrin Ahmad menyanyikan lagu Ikhlas Tapi Jauh ini merupakan video kedua selepas Shila Amzah melakukan perkara yang sama sekitar Ogos lalu.
Menerusi program Kotak Muzik 2012, pihak negeri Johor ingin menggalakkan orang ramai terutamanya remaja menggunakan pengangkutan awam seperti bas jika mahu kemana-mana kawasan di sekitar Johor.
Kreatif juga usaha ini dilakukan oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Iskandar Malaysia (PAIM).
Tidak sangka Fahrin juga mempunyai ‘suara’ dalam menyanyikan lagu secara akustik itu.
Agaknya siapa pula artis seterusnya yang bakal menjayakan program ini.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN
0 comments:
Post a Comment