Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, October 15, 2012

No Comment
'Kecil–kecil cili padi' inilah dinamakan pepatah sesuai buat adik Mia Sara Nasuha Mohammad Ridhuan yang kini berumur 7 tahun, di atas kejayaannya yang dianugerahkan sebagai pelakon termuda dalam Festival Filem Malaysia (FFM) yang juga disenaraikan dalam Malaysian Book Of Records.



Bagi Mia, dia berasa terharu dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mengucapkan tahniah kepada dirinya. Pelakon cilik itu sentiasa mengingatkan dirinya untuk tidak mudah lupa diri dan akan berusaha dengan lebih gigih di masa hadapan. Kejayaannya itu banyak dikongsi bersama peminat-peminat di laman sosial Twitternya sendiri.

“Mia nak ucapkan terima kasih pada yg ucapkan tahniah pada Mia. InsyaAllah Mia tak lupa diri. Mia akan usaha lebih gigih lagi masa depan ,” tulis Mia dalam Twitternya.

Beberapa keping gambarnya juga dimuat naik untuk berkongsi kegembiraannya bersama para peminat yang sentiasa mendoakan kejayaannya.

Selama penglibatan dalam bidang seni, Mia sudah pun dianugerahkan dengan tiga anugerah iaitu Pelakon kanak-kanak terbaik dalam Festival Filem Malaysia 24, Best Kid Actress oleh TV# Kids Awards; dan Youngest Actress Winning Festival Film Malaysia oleh Malaysian Book of Records. Mia juga pernah dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Filem Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular 2011.

0 comments:

Post a Comment