Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 6, 2013

One Comment
Bomba


SEREMBAN – Seorang pegawai serta 11 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan dikenakan tindakan tatatertib kerana pelbagai kesalahan disiplin tahun lepas.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Saadon Moktar berkata pegawai itu dibuang kerja kerana kesalahan tidak hadir bertugas melebihi tempoh 14 hari dan setelah dia tidak dapat dikesan.
“11 anggota terbabit dikenakan tindakan antaranya tahan kenaikan gaji dan diberi amaran. Tindakan tatatertib ini diputuskan oleh Lembaga Tatatertib Sokongan 2,” katanya kepada pemberita selepas perbarisan tahunan di kompleks ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan di sini Rabu.
Beliau juga mahu semua ketua balai bomba di seluruh negeri itu memantau pergerakan pegawai dan anggota masing-masing bagi memastikan tidak wujud masalah salah laku.
Jabatan ini tidak teragak-agak mengambil tindakan kepada pegawai dan anggota yang terlibat dengan salah laku ketika menjalankan tugas, katanya.
Mengulas perkara lain, Saadon berkata Negeri Sembilan akan menerima sebuahbalai bomba baharu yang akan dibina di Gemencheh, Tampin tahun depan.
“Balai bomba sedia ada sekarang di negeri ini ialah 15 buah, selain ibu pejabat dan tiga pejabat zon,” katanya.
Beliau berkata sepanjang tahun lalu negeri itu merekodkan 1,409 kes kebakaran yang mengakibatkan kerugian RM23.5 juta, manakala nilai harta yang berjaya diselamatkan sekitar RM208.4 juta.
Terdahulu pada majlis itu Saadon turut memperkenalkan pegawai baharu, menyampaikan sijil penghargaan kepada media, pasukan bomba sukarela dan pegawai yang akan bersara serta menyerahkan dua kenderaan bomba untuk pasukan bomba sukarela Kampung Pelegong, Labu dan Kampung Batu 3, Mambau. – BERNAMA

1 comments:

  1. Buang je penjawat awam yang tak bersyukur dengan apa dia ada. Ramai lagi mereka yang menggangur yang boleh ganti bekerja dengan lebih jujur dan cekap.

    ReplyDelete