Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 7, 2013

One Comment
Cinta Sharnaaz & Shila Amzah Kini Berakhir?


Selepas penyanyi, Tasha Shila menghantar email kepada pihak media mengenai luahan hatinya terhadap hubungan bapanya, ND Lala dan Sharnaaz Ahmad semalam, hari ini Sharnaaz memberitahu yang Shila tidak perlu hipokrit.
“Tak payah nak hipokrit!”, tegas Sharnaaz yang dipetik dari Sinar Harian, hari ini.
Sharnaaz yang sebelum ini memang tidak tahu menahu mengenai email berkenaan memberitahu dia tidak mahu melayan semua itu dan apa yang berlaku hanya propa!
“Saya tak nak ambil tahu kerana kesudahannya, saya juga akan dipersalahkan. Lebih baik saya mengambil keputusan berdiam diri dan fokus dalam kerjaya.
“Buat masa ini, saya hanya fikir kerja saja. Yang lain, saya malas nak fikir. Terpulanglah pada dia (Shila) nak buat apa sekalipun. Saya tak nak ambil tahu lagi,” tegasnya.
Sementara itu, apabila disoal tentang hasratnya yang dikatakan ingin merisik Shila pada Mac ini, pelakon Ruby ini berkata, dia terpaksa membatalkan hasratnya itu.
“Saya tidak akan hantar rombongan merisik. Saya sendiri pun tidak tahu ke mana hala tuju hubungan ini.
“Saya tak pasti dan hanya berserah,” katanya.
Ditanya lagi apakah hubungannya dengan Shila sudah berakhir, Sharnaaz bagaimanapun enggan mengulas perkara tersebut.
“Seperti yang saya katakan, saya dah malas nak layan semua ni lagi. Saya tak nak bercakap tentang dia (Shila) lagi,” katanya dengan nada yang kecewa.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

1 comments:

  1. Sharnaaz tak setaraf dgn Shila so jgn perasan mcm awak tu bagus sgt. Umur je bnyk tapi tak matang langsung. Memang patut pun ayah Shila tak blh terima lelaki mcm ni sebagai menantu.

    ReplyDelete