Kejayaan yang besar bermula dengan kegagalan. Untuk berjaya kita seharus sedia mengharungi dengan setiap dugaan yang mendatang. Ramai diantara kita takut untuk menghadapi risiko yang datang.
Di sini saya himpunkan segala kisah kegagalan sebagai contoh untuk kita berjaya. Bukan mudah untuk berjaya. Setiap kegagalan itu memberi pengajaran yang besar pada kita. Pengalaman ini adalah ibu segala guru.
- Donald Trump (Presiden Trump Organization) - Gagal dalam industri hartanah pada tahun 1990an. Kegagalan melangsai hutang dan terpaksa melepaskan perusahaan hartanah yang di warisi keluarganya menyebabkan dia bankrup.
- Tan Sri Dato ' Loh Boon Siew (Pengasas Honda Motor Malaysia )- Syarikat bas hilang bersama beberapa unit bas miliknya dirampas oleh Jepun semasa perang Dunia kedua .
- Tan Sri Lim Goh Tong (Pengasas Kumpulan Genting) -Nyaris muflis dan pernah kerugian RM5 juta pada tahun 1968 dalam projek Rancangan Pengairan Kemubu.
- Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary (Top Ten Malaysia Millioneaires)- Kegagalan dalam bisnes ternakan pada tahun 1970an disebabkan wabak penyakit kaki dan mulut .Semua binatang ternakan mati begitu sahaja.
- Cononal Harland Sanders (Pengasas Kentucky Fried Chicken) - Pernah bekerja sebagai petani, penjual insuran, penjaga mesin wap dan banyak lagi. 1009 buah kedai menolak resepi ayam goreng tetapi kedai ke 1010 meneriman resepi ayam gorengnya.
- Bruce Lee (Pelakon Terkenal ) - Pernah gagal dua kali dalam mencipta nama di holywood. Pada masa itu , produser di Amerika Syarikat memandang rendah bakat dan tahap fizikal yang bertubuh kecil .Membuat Dia kembali ke Hong Kong.
- Sirivat Voravetvuthikun (Jutawan Sanwich Di Thailand ) - Pada 1997 kegagalan dalam perusahaan pembinaan dan broker saham membuat dia menjaja sanwich untuk meneruskan kehidupan.
- Steve Jobs (Pengasas Apple)- CEO dan pengarah syarikat mendapati yang mereka tidak dapat berkerjasama dengan Steve Jobs (beliau dikenali sebagai pengurus yang sukar difahami dan bersikap emosional) dan melucutkan segala tanggungjawabnya,memaksanya meletakkan jawatan dan meninggalkan syarikat yang dibinanya sendiri dalam keadaan yang memalukan. Bagi memburukkan lagi keadaan, Apple menyaman Steve kerana merasakan Steve tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna.Syarikat yang diasasnya memecat kan dirinya sendiri.
- Irfan Khari (Jutawan Internet Malaysia)- Yang ni ramai tahu… tahun pertama saya menjalankan perniagaan Internet, saya GAGALmendapatkan pelanggan. Dalam masa 1 tahun, saya cuma dapat 3 pelanggan sahaja. Saya ingat lagi ketika itu, satu pelanggan dari UK, satu pelanggan dari US dan sorang lagi dari Hong Kong. Keuntungan perniagaan Internet saya yang pertama adalah dalam RM600 sahaja setahun (setahun tu… bukan sebulan!)
0 comments:
Post a Comment