Seekor kucing yang dinamakan Holly telah mengembara sejauh 200 batu untuk pulang ke rumah setelah hilang ketika percutian bersama tuannya.
Dalam insiden tersebut, pemiliknya Jacob dan Bonnie Richter sedang bercuti di Pantai Daytona, Florida. Secara tiba-tiba kucing mereka melarikan diri kerana takut dengan bunyi bunga api. Jacob merasakan Holly telah mati sehinggalah ianya ditemui semula di sebuah taman yang terletak kira-kira sebatu dari rumah mereka di Pantai West Palm iaitu 200 batu dari tempat kali terakhir Holly dilihat.
Richter berkata, "Ianya seperti kehilangan anak. Holly adalah sebahagian dari hidup saya. Bukan sebagai haiwan peliharaan, tetapi sebagai ahli keluarga." Holly kembali 63 hari kemudian dengan kehilangan separuh berat badannya serta tidak bermaya untuk berbunyi.
Pakar haiwan, Professor Marc Bekoff dari Universiti Colorado berkata, "Holly mungkin mempunyai deria arah dan mendapat petunjuk dari tanda-tanda atau bunyi. Namun masih tidak diketahui bagaimana ia boleh kembali ke rumah."
0 comments:
Post a Comment