KECOH hari ini apabila diberitakan seorang lelaki ditahan kerana menunjukkan isyarat lucah kepada Seri Paduka Raja Permaisuri Agong di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang semalam.
Lelaki tersebut ditahan apabila dia juga berbuat demikian berkali-kali kepada seorang pegawai polis yang cuba mendekatinya.
Berikut adalah petikan daripada sebuah laman blog mengenai kejadian tersebut;
Pada jam 12:50 tengah hari sewaktu rombongan DYMM Raja Permaisuri Agong berada di Terminal Perlepasan LTAB Bayan Lepas, seorang lelaki telah menunjukkan isyarat lucah kepada kenderaan yang diniaki oleh DYMM Raja Permaisuri Agong.
ASP Mohd Fakharuddin bin Abdul Hamid yang merupakan pengawal pengiring DYMM Raja Permaisuri Agong yang melihat gelagat lelaki tersebut telah keluar dari kenderaan pengiring dan merapatinya.
Amaran telah diberikan kepada lelaki tersebut yang dia boleh ditahan dan ditangkap di bawah Seksyen 294 (a) KK.
Bagaimanapun, lelaki itu mencabar pihak berkuasa agar menangkapnya.
Apabila ASP Mohd Fakharuddin menghampirinya, lelaki tersebut terus memberikan isyarat lucah beberapa kali.
Dengan bantuan anggota PGA, akhirnya dia ditahan dan digari bagi siasatan dan tindakan lanjut.
Hasil siasatan polis mendapati, lelaki tersebut tidak mempunyai rekod lampau, manakala ujian air kencingnya adalah negatif.
0 comments:
Post a Comment