Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, February 22, 2013

No Comment

MELAKA - Seorang lelaki warga Palestin ditahan polis kerana dipercayai mencabul seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah hospital di negeri ini.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Melaka Supt P. R. Gunarajan berkata, dalam kejadian kira-kira 1.40 pagi 15 Feb lepas, pelajar perempuan itu sedang tidur ketika menjaga ayah saudaranya yang menerima rawatan di hospital itu manakala lelaki terbabit menjaga seorang pendakwah di katil berdekatan.

"Pelajar itu tiba-tiba tersedar daripada tidur apabila terasa sesuatu menyentuh peha dan kemaluannya dan terkejut apabila mendapati seorang lelaki di hadapannya sebelum menjerit meminta tolong," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini, hari ini.

Beliau berkata, lelaki berusia 35 tahun yang merupakan tukang masak di sebuah madrasah di sini kemudian bertindak melarikan diri dan keluarga remaja perempuan itu membuat laporan polis pada 6 pagi hari sama.

Katanya lelaki terbabit kemudian menyerah diri di pondok polis hospital tersebut pada 8 pagi.

Lelaki tersebut disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan, katanya.

0 comments:

Post a Comment