Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 6, 2013

9 comments
Nama Anak Kami Lebih 'Islamik', Jelas Ning Baizura


KUALA LUMPUR –  Baru sebentar tadi portal murai.com.my menerusi ruangan gosip Murai Batu berkongsi cerita berkenaan perkembangan terbaru putera pertama penyanyi popular Ning Baizura yang dikhabarkan sedang mengalami demam kuning atau Jaundis.
Dalam ruangan itu juga, buat pertama kalinya Murai Batu turut berkongsi nama anak kesayangan penyanyi itu kepada pembaca setia. Bagaimanapun maklum balas yang diterima daripada orang ramai cukup mengejutkan.
Rata-rata mempersoalkan mengapa penyanyi berkenaan memilih nama Ryan Sky Dalton untuk bayinya itu yang disifatkan terlalu kebaratan. Namun, Ning Baizura menerusi fanpage Facebook miliknya telah menerangkan secara terperinci alasan dan maksud sebenar nama yang menjadi pilihan dia dan juga suami tercinta.
Seperti yang diterangkan Ning Baizura menerusi status ‘fan page’ Facebook miliknya, nama Ryan atau Rayann diambil daripada perkataan Parsi yang membawa maksud kearifan atau kebijaksanaan. Malah , ia juga adalah nama pertama yang diberikan kepada lelaki dalam dunia Islam.
Ning turut menambah, dalam bahasa Parsi juga, Rayann membawa erti haruman berasaskan herba dan herba haruman manis yang turut dipraktikan dalam bahasa Arab dengan panggilan Rayhaan. Perkataan Rayhaan juga boleh ditemui dalam Surah Rahman, ayah 12; dan Surah Waqi’ah, ayat 89.
Manakala perkataan Sky (langit) yang terbit selepas Ryan adalah simbolik kepada kelaziman manusia yang akan berdoa dan mendongak ke atas iaitu langit sebagai rasa syukur serta memikirkan Allah.
Berikut adalah keterangan Ning Baizura di dalam Facebook berkenaan nama buah hati pengarah jantungnya, Ryan Sky Dalton.
rayyan

9 comments:

  1. kehidupan pun kenalah islamik...

    ReplyDelete
  2. Kalau macam tu kenapa tak letak nama Rayyan? Kenapa mesti diubah menjadi Ryan yg tidak membawa apa2 maksud dlm bahasa Arab? Kenapa mesti di westernisekan nama Rayyan (Rayan) menjadi Ryan? Kalau nak ikut Islam Arab kenapa tak letak Rayyan Assamaa'a atau Rayan Assamaa'a utk ganti Ryan Sky? Kalau nak ada Melayu sikit letak je Rayyan Langit.

    ReplyDelete
  3. orang bangang mcm ning ni cakap xpakai akal .. bodoh nak mampus .. naya kat anak tu diakhirat nanti...

    ReplyDelete
  4. Just nama je kn... rasullullah dh bg tau nama x penting... xde maksud pun xpe

    ReplyDelete
  5. sbnrnye nme org arab lg byk yg tader maksud, (this is coming from somebody who actually living there)nme lecture sye byk lg pelik2 lg mengarut tp tader pon org nk bising2?...dan mksud nme tu x brubah pn, rayyan ke ryan ke still nme syurga jgk, x kesah la org nk eja cemane pon...sme mcm aishah atau aisyah, beze 'h' ngn 'y' je kn??sbb sbut nye sme je, bile tulis dlm huruf arab xde beze pon, sye x nmpk ape mslhnye, jgn judgmental sgt, orang lain sume salah, kite je yg betul..cume die nk nme anak die glamer x mestinye kte nk kene jeles...nme org zaman dulu2 pn byk tader mksud, semah, mayang sari...tader pulak org nk marah, tp bile org len nk jd lain siket dr lain, trus nk fire...chill laa...n yup, nme tu x penting pn...cubelah positif siket...org melayu ne taderlah keje lain, asyik nk kondem org len je, mcmle awak tu x penah buat salah??

    ReplyDelete
  6. Anonymous Feb7 11:18 PM : Mmglah nama je tapi kita kena ingat pesanan Rasul supaya jgn ikut cara orang Yahudi dan Nasrani dari apa segi skalipun. Bukan ke nama2 orang putih tu bnyk di guna oleh yg beragama Kristian? Malah matsaleh yg beragama Islam pun tukar nama guna nama Arab...orang Melayu ni terbalik kot pulak.

    ReplyDelete
  7. Maksud rasullulah dgn cara hidup tu ialah seperti mkn, cara berpakaian, bergaul dan sebagainya... para sahabat telah bertanya pada baginda berkenaan nama.. baginda bg tau yg nama itu tidak penting.. asalkan jgn maksud nama itu tidak menggambarkn benda yg buruk.. atau pun boleh memalukan si anak tersebut.

    ReplyDelete
  8. Ok ape nama ryan sky.. member aku dr sarawak pn ramai yg nama org putih.. islam jugak.. siap jd ustaz lg

    ReplyDelete
  9. ape ke pelik nme anak die.biase ar artis memang la bangang tahap reban...wakakaka

    ReplyDelete