Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 6, 2013

No Comment
Saya Bertanggungjawab Ke Atas Shila, Saya Yang Akan Ditanya Di Akhirat!"


KUALA LUMPUR – Bapa kepada penyanyi terkenal Shila Amzah menegaskan yang beliau hanya mahu anaknya dan pelakon Sharnaaz Ahmad menjaga dua perkara penting bila menjalinkan hubungan percintaan iaitu agama dan adat.
Menurut ND Lala, sebagai bapa, beliau bertanggungjawab kepada anak perempuannya itu selagi Shila belum diijabkabulkan.
” Saya akan dipersoal oleh Allah di akhirat nanti akhirnya…sebab itu daripada awal lagi lagi saya menegaskan bahawa dua perkara itu perlu dipegang, bukan ‘berang’ seperti yang dilaporkan atau dianggap ramai pihak bila bercakap mengenai hubungan Shila-Sharnaaz ini.
” Terus terang, saya tidak selesa bila asyik diminta oleh banyak pihak terutama media untuk mengenai kisah mereka kerana bagi saya masa depan dan karier Shila yang perlu difokuskan kerana dia berjaya mengharumkan nama negara, terlalu banyak peluang yang ada di depannya baik di dalam negara mahu pun di peringkat antarabangsa dalam bidang seni suara ini.
” Sepatutnya itu yang kita kena fokuskan, malangnya kisah ini pula yang diberi perhatian…tetapi saya faham, pihak media pun banyak memainkan peranan di sebalik kejayaan Sila, nantilah saya akan beri penjelasan tak lama lagi, buat masa ini biarlah saya kumpulkan dulu semua pertanyaan yang mereka (media) nak, tiba masanya saya akan beri jawapan pada persoalan itu,” kata ND Lala.
images (2)


Baru-baru ini Harian Metro telah mengeluarkan kenyataan ND Lala yang menegur sikap Sharnaaz yang disifatkannya terlalu terbuka dalam mengeluarkan kenyataan mengenai hubungan cintanya dengan penyanyi itu.
Menerusi laporan tersebut, ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Hamzah Salleh, 51, menyifatkan tindakan Sharnaaz itu seolah-olah mengenepikan dirinya dan isteri sebagai ibu dan bapa kepada Shila apabila dengan beraninya mengeluarkan kenyataan yang dia akan tetap merisik Shila pada Mac ini sekalipun dihalang bapa penyanyi terbabit.
Dalam kenyataan balasnya, Shahnaaz mengakui tidak mahu ambil pusing terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh ND Lala.
” Macamana hendak jumpa, kalau dia (ND Lala), asyik lari saja. Jadi, saya harap dia (ND Lala) tidak usahlah pusing cerita. Banyak orang pun kenal siapa dia, tapi orang malas hendak cerita. Dan, janganlah gunakan media untuk bercakap tentang hal ini. Hal peribadi, biarlah kita selesaikan secara peribadi. Jadilah seperti seorang lelaki.
“Dalam hal ini, saya sebenarnya kesian pada dia. Sebab, dia sebenarnya yang memalukan diri sendiri dengan cara dan tindakannya yang terlalu insecure itu. Tak perlulah hendak jadi insecure sangat.
“Saya rasa biarlah dia yang bercakap. Sebab, keputusan terletak di tangan dia. Malah, dia pun dah besar panjang. Malah, yang saya hendak kahwin pun dengan dia, bukan dengan bapa dia,” kata Sharnaaz kepada Murai.com.my.
Perkara tersebut mendapat reaksi ramai pihak termasuk pendakwah terkenal, Tuan Asmawi Tuan Umar yang mengingatkan Sharnaaz agar ‘jangan menebang pokok sekiranya hendak memetik bunga’
Sementara itu ketika diminta mengulas lebih lanjut mengenai hubungan Shila dan Sharnaaz, ND Lala berkata beliau sendiri tidak tahu apakah kesudahan kisah mereka berdua kerana dia tidak boleh meramalkan apa yang akan berlaku di masa hadapan.
Mengenai tuduhan Sharnaaz yang beliau sering mengelakkan diri untuk bertemu pelakon itu, ND Lala cuma menjawab ringkas;
” Kalau ada SMS, emel, panggilan masuk, panggilan keluar dan apa saja…ia sudah tentu ada ‘rekod’ dalam telefon bimbit saya. Jadi mana-mana pihak boleh berkata apa saja dan saya juga boleh menjawab kalau terus ditanya mengenai ‘perkara’ itu”.

0 comments:

Post a Comment