Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, February 12, 2013

One Comment
Sewa Rumah Murah Faktor Sarang Pelacuran


KUALA LUMPUR –  Operasi dan risikan polis menunjukkan kos sewaan murah premis kediaman antara faktor ia dijadikan sarang pelacuran warga asing selain turut berfungsi sebagai tempat tinggal mereka.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) PolisBukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata dengan hanya membayar kos sewarumah minimum kira-kira RM1,000 sebulan, sindiket mampu meraih keuntungan berlipat kali ganda ditambah lagi dengan sewa harian yang perlu dibayar pelacur sebagai syarat mendiami rumah berkenaan.
“Kegiatan dijalankan di premis kediaman lebih murah berbanding premis-premisrumah kedai yang menelan kos sewa bulanan dari RM2,000 dan keatas dan kebiasaannya rumah jenis banglo, teres dan kondominium menjadi sarang baru dalam masa yang sama untuk mengaburi pihak berkuasa.
“Pelacur-pelacur ini juga perlu membayar sewa harian kira-kira RM50 memandangkan mereka menetap di rumah terbabit dan bayangkan kalau sesebuah rumah itu ada lima hingga 10 orang,” katanya.
Katanya kebiasaan pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan pelacur di rumahkediaman seperti ini adalah mereka yang merupakan pelanggan tetap dan mengetahuikod-kod keselamatan sebelum memasuki premis.
Dalam kegiatan pelacuran sedemikian, Abdul Jalil berkata pelanggan akan pergi ke premis bagi mendapatkan perkhidmatan tetapi tidak dibenarkan membawa pelacur keluar dari premis kerana ia dianggap terlalu berisiko dan sindiket tidak mahu menanggung sebarang kemungkinan sekiranya pelacur disamun dan sebagainya.
“Bilik-bilik tertentu di dalam rumah berkenaan dijadikan tempat untuk melakukan aktiviti seksual dan ada juga bilik yang diubah suai dan dibahagikan kepada beberapa bahagian sebagai bilik kecil dan dilengkapi penghawa dingin.
Bayaran yang dikenakan ke atas pelanggan bermula dari RM250 hingga RM300 mengikut paras rupa dan jenis layanan,” katanya.
Beliau berkata dalam serbuan terbaharu yang dijalankan unitnya mendapati ada premis kediaman didiami pelacur warganegara dari negara yang sama kerana sindiket tidak mahu berlaku sebarang perselisihan faham di kalangan pelacur-pelacur disebabkan perbezaan bahasa dan budaya.
“Dalam serbuan yang kita jalankan ke atas sebuah rumah banglo di Petaling Jaya mendapati pelacur mereka terdiri daripada warganegara Cina manakala serbua di Cheras iaitu rumah teres pula menempatkan pelacur warganegara Vietnam,”katanya.
Difahamkan, ada di antara pelacur ini menjalankan kegiatannya di siang haridi premis berkenaan dan akan dihantar ke pusat-pusat hiburan untuk melayan pelanggan pada sebelah malam.
Abdul Jalil berkata didapati kegiatan yang menggunakan premis kediaman seperti ini biasanya bukan hanya didalangi oleh sindiket tetapi turut melibatkanpemilik rumah berkenaan.
“Mereka yang didapati bersekongkol dengan kegiatan ini sama ada sindiket mahupun pemilik rumah berkenaan boleh ditahan di bawah Seksyen 373 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda jika sabit kesalahan,” katanya.
Berdasarkan statistik terkini polis D7 menunjukkan tangkapan wanita warganegara China merekodkan yang tertinggi iaitu 5,165 orang pada tahun lepas diikuti wargangera Vietnam (3,456), Thailand (2009), Indonesia (1,418), Thailand seramai 2,009.
Indonesia (1,418), Filipina (845), India (139), Myanmar (114), Uzbekistan dan Kemboja (70), Bangladesh (48), Laos (30), Uganda (19), Nigeria (10), Mongolia (lapan orang), Tajikistan (tujuh orang), Sri Lanka dan Kenya (enam orang).
Morocco (empat orang), Kyrgyz (tiga orang), Iran dan Singapura (dua orang) dan masing-masing seorang bagi Hong Kong, Rusia dan Kanada.
Sebanyak 42,788 serbuan telah dijalankan pada tahun lepas dengan serbuan tertinggi dijalankan di Johor Baharu iaitu sebanyak 8,749 serbuan berbanding 2011 sebanyak 7,288 serbuan. Ia diikuti dengan serbuan kedua tertinggi di Kuala Lumpur sebanyak 8,620, Selangor (6,663) dan Perak (5,426). — BERNAMA

1 comments:

  1. sewa 1ribu murah?brapa sgt lah gaji bdk kpg yg kerja di KL.drp byr sewa 1ribu baik kirim duit tu ke kpg..klu datuk tu ckp murah,ramai2 ddk rumah datuk abd jalil hassan.

    ReplyDelete