Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 21, 2013

No Comment
Fizz Fairuz


Semakin rumit nampaknya cerita mengenai pertunangan di antara pelakon Fizz Fairuz dan seorang gadis yang berasal dari Kuantan, Pahang, Azlyn Massiela ini.
Selepas heboh cerita mengatakan Azlyn merupakan isteri orang, Fizz lantas memutuskan ikatan pertunangannya dengan gadis itu selepas seminggu bertunang.
Menerusi Harian Metro, muncul pula watak baru dalam drama ini iaitu seorang lelaki yang mendakwa suami kepada Azlyn yang mahu dikenali sebagai Ramli.
“Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan. Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan,” ujar Ramli.
Ramli turut mendakwa yang Azlyn Massiela bertindak sedemikian adalah kerana merasa kesunyian akibat kurang di’beri perhatian selepas mereka bernikah di Thailand beberapa tahun lalu.
“Dia isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama. Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz”
“Saya tidak meletakkan kesalahan itu ke atas Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka, dia ditipu kononnya isteri saya belum berkahwin sehinggalah majlis pertunangan diatur,” tambah Ramli yang turu mendakwa keluarga Azlyn Massiela tidak mengetahui tentang perkahwinan mereka.
Hmm, makin berbelit drama realiti yang dihadapi oleh Fizz ni..
Mana satu pihak yang bercakap benar pun kita tak tahu.
Harap-harapnya masalah ini segera dirungkaikan dan pihak yang terlibat perlu duduk berbincang bersama agar perkara ini dapat diselesaikan sebaik mungkin.
Apa pula kata anda mengenai drama Fizz-Azlyn-Almy-Ramli ini?
Oleh: JULIANA JOHAR

0 comments:

Post a Comment