Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab baru-baru ini menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut “Penempatan kosong” (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration.
Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum ‘Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.
Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum ‘Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.
Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.
Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah ‘super impose’. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?
Pilihan sy adalah kite makhluk Allah sebaik baik kejadian jd statement tu adalah gile n mngatakan kite dr evolusi monyet tu tuk org kafir laknatullah..
ReplyDeletecerita ni da lama sgt da....tak ada update ke lagi pasal penemuan tu?
ReplyDeletea'ah,cite ni da lame,mase aku form 4 da pnah dgr pasal ni...ape pon cite dari AlQuran adalah yg sebenar2 cerita.ade org menangis tgk drama korea dr menangis mase bace AlQuran
ReplyDeleteSetahu saya ini internet hoax. Rujukan cerita asal: http://binscorner.com/pages/f/fwd-was-made-by-the-aramco-exploration-t.html
ReplyDeleteBandingan bukti ianya cuma hoax:
1) http://www.hoax-slayer.com/giant-skeleton.html
2) http://www.rationalistinternational.net/article/20041001_en.html
Semestinya kita jangan taksub sangat dengan sesuatu perkara. Jangan sampai senang orang menipu kita. Sebagai tuan blog, kenalah rujuk dulu sebelum sebarkan.