Telan Telefon Bimbit Untuk Seludup Ke Dalam Penjara - MADINAH : Pentadbiran Penjara di bandar ini melancarkan siasatan semalam untuk menentukan bagaimana telefon bimbit, batang besi dan paip diseludup ke dalam penjara di sini baru-baru ini.
Pendedahan mengenai penyeludupan itu terbongkar apabila satu klip video yang dirakam menerusi kamera tersembunyi ketika majlis tarian rakyat menunjukkan banduan menggunakan barangan yang diseludup itu ketika meraikan acara berkenaan.
Video itu menunjukkan lebih 50 banduan menari tarian Mizmar menggunakan pinggan dan bahan lain sebagai gendang.
Satu sumber penjara berkata, seorang banduan baru-baru ini cuba menyeludup telefon ke dalam penjara dengan menelannya. Telefon itu hanya boleh dikeluarkan menerusi pembedahan di Hospital Raja Fahd. – Agensi
0 comments:
Post a Comment