Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, February 2, 2013

No Comment
article-0-124C6672000005DC-965_634x464
Para pengguna kereta api bawah tanah (komuter) New York, Amerika Syarikat (AS) akan disambut ular monster sepanjang 48 kaki dan dengan berat 2500 pound atau 1.3 tan bernama Titanoboa.

Namun, jangan bimbang kerana ini tidak hidup atau hanya replika dari reptilia tersebut.
Seperti diungkapkan juru bicara Smithsonian Randall Kremer, ular monster ini akan muncul pada 22 Mac nanti untuk membuat kejutan kepada pengguna komuter serta sebagai cara berkomunikasi secara ilmiah kepada orang-orang.
Replika ular yang dibuat seperti asalnya ini akan memanjang dan jika ular ini memintal maka bahagian pinggangnya akan sama ukurannya dengan bas sekolah. Penemuan spesies terbaru ini dikenali dengan nama Titanoboa yang hidup sekitar 65 juta tahun silam.
Bandar New York akan memaparkan ini sebagai satu daripada eksebisi Smithsonian Institute 's National Museum of Natural History di Washington DC dan akan dibuka pada 30 Mac. Sebuah rancangan bertajuk "Titanoboa: Monster Snake" akan tayang di Smithsonian Channel selama dua jam pada 1 April nanti.
Tulang tulang Titanoboa pertama kali ditemui di lombong arang batu di Colombia pada tahun 2005. Satu dari mereka adalah penyelidik yang ahli di bidang Paleocene, masa punahnya dinousaurus, adalah Jonathan Bloch.
paleontologist hli paleontologist vertebrata dari, ahli dari pelbagai latar belakang kemudian melakukan ekspedisi bersama Carlos Jaramillo dari Smithsonian Tropical Research Institute. Pasukan ini kemudian mengumpulkan tulang belulang itu dari lombong arang.

0 comments:

Post a Comment