Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, July 19, 2013

No Comment
Pelacur

PETALING JAYA – Seramai 17 wanita warga asing dan empat pondan warga Filipina ditahan dalam serbuan yang dijalankan oleh sepasukan polis dari Bahagian Judi, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sebuah pusat hiburan berhampiran Dataran Mentari, kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Fadil Marsus berkata, menerusi operasi yang bermula pada jam 9.45 malam itu, kesemua suspek yang ditahan tersebut dipercayai bekerja sebagai GRO di pusat hiburan terbabit.
Menurut Fadil, seramai 11 wanita warga Thailand, empat warga Taiwan, dan dua warga Filipina berumur lingkungan 18 hingga 36 tahun ditahan setelah didapati menyalahgunakan pas lawatan ke negara ini.
“Selain itu, kami turut menahan empat pondan warga Filipina yang turut dipercayai bekerja sebagai GRO di pusat hiburan ini,” katanya selepas operasi terbabit, kelmarin.
Menurut Fadil, ketika serbuan, terdapat beberapa GRO cuba melarikan diri mengikut pintu belakang pusat hiburan terbabit bagi menggelakkan dari ditahan.
“Kita berjaya menghalang cubaan melarikan diri dan turut menahan pengurus pusat hiburan terbabit yang juga dipercayai menjadi penjaga kepada GRO tersebut,” katanya.
Jelas Fadil, pihaknya sebelum ini pernah beberapa kali mengadakan operasi di pusat hiburan terbabit yang dipercayai menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pelanggan.
Tambahnya, pemilik pusat hiburan terbabit juga didapati melakukan kesalahan memandangkan premis berkenaan tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah. - Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment