BEKAS Setiausaha Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan, Datuk Abu Bakar Othman dilantik sebagai Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran yang baharu bermula 1 Julai lalu.
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang berkata, pelantikan Abu Bakar, 57, bagi menggantikan Sulaiman Wak.
“Beliau (Abu Bakar) mempunyai Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya dan Diploma Pengurusan Awam dari INTAN.
“Beliau menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 13 Januari 1986,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Zulkurnain berkata, Abu Bakar pernah bertugas sebagai Timbalan Pengarah Kanan Cawangan Pengurusan Perkhidmatan Gunasama Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam.
Justeru beliau percaya pengalaman yang ada membolehkan Abu Bakar melaksanakan tanggungjawab dengan penuh berintegriti dan profesional bagi memastikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada warga perkhidmatan pelajaran.
0 comments:
Post a Comment