Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, July 10, 2013

No Comment
Harga Saham AirAsia X Naik

KUALA LUMPUR – Harga saham AirAsia X Bhd, yang baru disenaraikan, meningkat 1.6 peratus atau 2.0 sen kepada RM1.27, dengan 102.894 juta saham diniagakan sehingga jam 10.30 pagi hari ini.
Syarikat itu membuat kemunculan sulung pada harga RM1.26 di Pasaran Utama Bursa Securities, selepas menerima premium 1.0 sen berbanding harga institusi RM1.25, dengan 9.15 juta saham diniagakan.
Cabang penerbangan jarak jauh AirAsia Group itu menyasarkan untuk meraih RM859.3 juta dari eksersais tawaran awam permulaannya.
Syarikat penerbangan bajet itu kini menyediakan perkhidmatan ke 14 destinasi di Asia, Australia dan Timur Tengah, dengan penerbangan tambahan akan bermula bulan depan ke Busan, Korea Selatan.
AirAsia X kini mengendalikan kumpulan 10 pesawat Airbus A330-300 bagi perkhidmatan berjadual dan juga telah menerima satu pesawat dari jenis yang sama, yang dijangka memulakan perkhidmatan pada bulan depan.
Syarikat penerbangan itu juga dijadualkan untuk menerima penghantaran 22 pesawat A330-300 tambahan bagi tempoh 2013 hingga 2017, dengan tempahan kukuh mendapatkan 10 pesawat A350-900 selepas tempoh itu. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment