Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, July 10, 2013

No Comment
Pemandu Lalok Seret Tiang Lampu

BENTONG – Seorang pemandu lori ditahan selepas menyeret beberapa tiang lampu di Lorong Wayang, Bandar Bentong dekat sini kira-kira jam 9 malam, kelmarin.
Pemandu berusia 29 tahun itu dipercayai datang dari arah Ketari sebelum memasuki lorong itu untuk berpusing ke Jalan Loke Yew.
Ketika memasuki lorong itu, lori balak tanpa muatan dipandu lelaki terbabit menyeret lebih kurang tiga tiang lampu sehingga rosak hingga menyebabkan kabel elektrik terputus.
Akibat kejadian itu, bekalan elektrik di kawasan berhampiran terputus beberapa jam termasuk bank dan kedai.
Pemandu kemudian terus memandu kenderaannya tanpa menyedari terdapat sebahagian tiang lampu tertinggal di atas lorinya.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Selepas kejadian itu katanya, polis menahan lelaki terbabit berhampiran Taman Anggerik dekat sini.
“Lelaki itu kemudiannya dibawa menjalani ujian air kencing dan disahkan positif dadah.
“Hasil pemeriksaan juga mendapati lelaki terbabit mempunyai tiga biji eramine 5,” katanya.
Mohamad Mansor berkata, lelaki itu kini ditahan reman untuk membantu siasatan lanjut. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment