Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, July 10, 2013

No Comment
3 Tahun Terpaksa 'Berkurung' Dalam Rumah

WALAUPUN menetap di rumah milik sendiri, namun sudah hampir tiga tahun tidak merasa kebebasan hidup seperti orang lain, itulah keadaan yang dialami segelintir penduduk di Taman Mewah, di sini.
Rokiah Abdullah (gambar), 54, berkata, bukan sahaja dia seorang tetapi sebilangan penduduk setempat yang tinggal berhampiran seolah-olah terpaksa memendam rasa berikutan tidak puas hati dengan penduduk yang menjalankan perniagaan di kawasan perumahan mereka itu.
Menurutnya, dia dan penduduk lain tidak menghalang mana-mana penduduk yang ingin menjalankan perniagaan, namun biarlah kena cara dan tempatnya.
“Dalam situasi sekarang individu ini menjalankan perniagaan bermula jam 3 petang hingga 12 malam dan ia mengganggu penduduk setempat,” katanya.
Jelasnya, jika dia menjalankan perniagaan tersebut di hadapan rumahnya mungkin tidak menjadi masalah, namun perniagaan dijalankan di hadapan dan berhampiran rumah penduduk lain.
“Mak cik sudah tidak tahan lagi kerana gerai berada di hadapan pintu masuk rumah mak cik. Tiap hari kena tutup pintu dan tingkap bimbang pengunjung akan lihat apa yang kita buat.
“Ia mengganggu ketenteraman penduduk lain selain timbul masalah untuk mencari parkir kerana laluan yang sempit,” katanya.
Katanya, ada segelintir penduduk merungut minyak masakan melekat pada cermin kereta, sampah bekas tisu masuk ke kawasan rumah mereka dan menyebabkan dinding rumah penduduk kotor.
“Perkara ini sudah diajukan kepada Majlis Perbandaran Taiping  (MPT) dan juga laporan kepada pihak polis berhubung masalah tersebut.
“Ia bukan masalah remeh tetapi melibatkan hak kebebasan penduduk untuk melakukan apa sahaja, di samping berlakunya masalah kesesakan parkir,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Manaf Malik, 45, berkata, rata-rata penduduk di kawasan tersebut sememangnya tidak berpuas hati dengan perkara tersebut, bagaimanapun lebih menyedihkan apabila pihak bertanggungjawab langsung tidak ambil peduli dengan permasalahan ini.
“Saya sendiri telah membuat aduan kepada pihak MPT berhubung masalah ini, namun hingga hari ini tidak ada sebarang tindakan diambil.
“Malah perbincangan pernah dilakukan beberapa kali dengan individu ini untuk namun semua itu menemui jalan  buntu,” katanya.
Katanya, penduduk berharap perkara itu tidak lagi berpanjangan kerana perniagaan tersebut hanya memberi banyak masalah.
Manakala Yang Dipertua MPT, Shahrom Abd Malik keberkata, pihaknya perlu menyiasat terlebih dahulu perkara terbabit sebelum sebarang tindakan diambil.
“Bagaimanapun, jika benar operasi perniagaan ini banyak mendatangkan masalah kepada penduduk sekeliling, kita akan ambil tindakan yang bersesuaian,” katanya. –Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment