Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, July 10, 2013

No Comment
Awas Kaki Ponteng Puasa Di Perak!

IPOH – Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) akan menggandakan pemantauan rapi di semua premis makanan terutama yang beroperasi 24 jam bagi mengesan umat Islam yang didapati culas berpuasa sepanjang Ramadan ini.
Pengarahnya,  Datuk Mohd Yusop Husin berkata, langkah itu penting bagi mengelak berlakunya kes berleluasa membabitkan kaki ponteng puasa.
Menurut beliau, pihaknya akan menggerakkan semua penguatkuasa di seluruh negara bagi memantau aktiviti seumpama itu termasuk melakukan penyamaran terutama di premis yang telah disenaraikankan sebagai lokasi tumpuan si kaki ponteng.
“Kita ingatkan semua premis makanan termasuk restoran 24 jam tidak bersubahat menjual makanan kepada umat Islam yang tidak berpuasa, ini salah bukan sahaja disisi agama, tetapi termaktub dalam enakmen undang-undang kita..jadi jaga-jagalah,” katanya kepada Sinar Harian.
Sebagai langkah awal, beliau berkata, Jaipk akan mengedarkan surat pekeliling berupa peringatan kepada pemilik dan pengusaha premis makanan di seluruh negeri bermula hari ini.
Pekeliling berkenaan katanya, antara lain menggesa setiap penjual tidak sewenangnya menjual tembakau, makanan atau minuman secara serta-merta kepada pembeli yang beragama Islam.
Menurutnya, mereka yang merokok, makan atau minum secara terbuka di premis, boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya di bawah Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 Seksyen 24.
Dalam perkembangan sama, Mohd Yusop berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi melakukan pemeriksaan terhadap hotel-hotel yang belum memiliki sijil halal dan melanggar arahan dengan  menyalahgunakan istilah bufet Ramadan.
Menurutnya, buat masa kini, Jaipk sudahpun membuat penyenaraian lengkap semua hotel berkenaan sebelum tindakan lanjut dilakukan.
“Jika dahulu kita edarkan senarai hotel yang mempunyai sijil halal, kali ini kita edarkan pula semua nama-nama hotel yang belum mendapat pengiktirafan sijil halal daripada jabatan sebagai panduan orang awam,  senarai ini kita akan edarkan dalam masa terdekat termasuk di masjid.
“Selain pemeriksaan yang akan dilakukan, kita juga mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai aktiviti tidak bertanggungjawab seperti ini,” katanya.
Berdasarkan rekod tahun lalu, Mohd Yusop berkata, Jaipk bukan sahaja dapat mengesan mereka yang ponteng puasa, malah dapat menahan individu berkelakuan kurang sopan seperti berkhalwat dan bersekududukan.
“Ini juga akan kita pantau, tetapi untuk kes aktiviti tidak bermoral ini, kita lakukan sepanjang masa, tidak semestinya pada Ramadan sahaja,” katanya. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment