Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, July 20, 2013

No Comment
Alvian dan Vivian

BESUT – Rakyat negara ini terutama pengguna laman sosial diingatkan tidak memuat naik kenyataan boleh menimbulkan kemarahan ramai, khususnya melibatkan agama kerana ia boleh mencetuskan kekecohan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.

Beliau juga mengalu-ngalukan keputusan tidak membenarkan pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee diikat jamin sebagai pengajaran buat semua pihak agar tidak buat kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi.

“Saya melihat tindakan pantas yang dibuat ini sangat baik dan saya rasa semua orang pun menunggu tindakan terhadap pasangan terbabit.

“Bagaimanapun, saya tidak mahu mengulas panjang mengenai perkara ini kerana ia masih lagi dalam proses mahkamah, justeru tunggu tarikh sebutan semula yang ditetapkan pada 23 Ogos ini,” katanya ketika ditemui pada Program Bubur Lambuk Perdana di Kampung Kayu Kelat, semalam.

Katanya, kerajaan memandang serius terhadap kesalahan menjadikan laman sosial sebagai medan untuk mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi. - Sianar Harian

0 comments:

Post a Comment