Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 3, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir meminta umat Islam supaya bijak membandingkan antara konsep jihad sebenar yang dituntut dalam Islam dengan aktiviti militan supaya ia tidak mensia-siakan nyawa mereka.
Beliau berkata kebanyakan individu yang terlibat dalam aktiviti militan menganggap ia sebagai satu perjuangan jihad seperti membantu masyarakat negara Islam yang sedang bergolak seperti di Syria.
“Namun setakat ini kita pun belum tahu pihak mana (di Syria) yang betul. Seperti yang kita tahu, ini merupakan satu perang saudara yang langsung tidak melibatkan Malaysia.
“Jadi saya tidak berapa faham, apa yang mereka (rakyat Malaysia) fikirkan sehingga sanggup menggadaikan nyawa untuk tujuan tidak berapa jelas,” katanya pada sidang media selepas melancarkan ‘Kedah Organics’ di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa seorang ustaz dari Baling terlibat berperang di pihak Mujahiddin untuk menumpaskan kerajaan Syria seperti yang tersebar luas di laman media sosial.
Mukhriz juga bimbang dengan laporan berita bahawa wujud latihan ketenteraan di Kedah yang secara rahsia melatih orang ramai untuk berjihad di negara Islam yang sedang bergolak.
Beliau menegaskan bahawa dasar Malaysia ialah tidak campur tangan dalam hal ehwal negara luar.
Mengenai hudud seperti yang mahu dilaksanakan kerajaan Pas Kelantan, beliau berkata pelaksanaannya memerlukan proses yang lama untuk difikirkan dengan mengambil kira pelbagai aspek.
“Kerajaan Kedah perlu meneliti terlebih dahulu cadangan yang dibuat Kelantan mengenai pelaksanaan hudud itu,” katanya.
Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan satu jawatankuasa teknikal di peringkat pusat akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi mengkaji pelaksanaan Kanun Syariah 11 Kelantan 1993 atau hudud di Kelantan yang akan melibatkan kerajaan pusat, kerajaan negeri Kelantan dan Pas. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment