Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 3, 2014

No Comment

Pengguna komuter di London Underground berada dalam keadaan waspada selepas seekor kala jengking berbisa dilaporkan terlihat berkeliaran di stesen Victoria.

Binatang berbahaya tersebut bagaimanapun berjaya ditangkap akhirnya selepas seorang pengguna komuter yang perasan ia terjuntai di beg yang disandangnya menjerit sekuat hati hingga kakitangan stesen datang menghulurkan bantuan.


Jengking itu dimasukkan ke dalam bekas plastik yang dilubangkan sementara menunggu ketibaan anggota polis bahagian hidupan liar tiba.

Ia kemudiannya dibawa ke Zoo ZSL London untuk dipelihara.


Menurut kakitangan zoo, Dave Clarke, amat mengejutkan apabila jengking jenis ini yang berasal dari Caribbean boleh ditemui berkeliaran di tempat awam seperti stesen komuter di tengah bandaraya London. – Rem Ramzi / SiakapKeli.com

Sumber: Metro UK

0 comments:

Post a Comment