Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 3, 2014

No Comment

Sekumpulan pengedar dadah diberkas dan dipenjara pihak berkuasa selepas pihak polis menemui telefon bimbit berisi gambar mereka berlagak bersama timbunan ganja dan wang tunai hasil jualan dadah.

Salah satu gambar menunjukkan seorang anggota kumpulan memegang banyak wang tunai manakala gambar lain memperlihatkan dua lelaki bersama timbunan ganja kering di atas lantai.


Susulan itu, pihak polis melakukan serbuan di Kings Norton, Birmingham, England dan berjaya merampas ganja bernilai £1,000 (RM5510), beg pengedaran dadah dan alat penimbang digital yang digunakan.

Eugene May-Dyer, 24, Russell Turner, 18, Ian Cunningham, 24, dan Grant Barnhurst, 21, yang ditahan mengaku bersalah membekal dadah Kelas B di mahkamah Birmingham, minggu ini.

Mahkamah menjatuhi Turner menjalani hukuman penjara selama 13 bulan, May-Dyer (12 bulan) manakala Cunningham dan Barnhurst selama 9 bulan.

- Rem Ramzi / SiakapKeli.com
Sumber: Metro UK

0 comments:

Post a Comment