Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, July 19, 2013

No Comment
Kubur

Sebuah padang permainan di luar sebuah sekolah rendah di India ditukar menjadi tanah perkuburan yang besar selepas mayat 23 kanak-kanak yang mati akibat keracunan makanan dikebumikan di situ.
Memetik laporan AFP, ketika para keluarga mengharapkan pihak sekolah dapat memberikan makanan utama kepada anak-anak mereka, para pegawai rasmi di negeri Bihar cuba untuk mengatasi gelombang panik apabila kanak-kanak membuang sahaja makanan percuma mereka.
Pihak polis terus meneruskan siasatan untuk melihat kemungkinan kanak-kanak itu diracun dengan sengara kerana sehingga kini guru besar sekolah itu yang juga seorang wanita masih menghilangkan diri.
Majlis pengebumian diadakan di sebuah kawasan terbuka di luar sekolah iaitu tempat para pelajar bermain ketika masa rehat.
“Pihak sekolah telah membunuh anak-anak kami, jadi kami mengambil keputusan mengebumikan mereka di sini,” kata seorang ibu mangsa Shanti Devi.
“Kerajaan bertanggungjawab atas kematian dan perubahan padang permainan ini menjadi perkuburan,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi ibu mangsa Jankidevi Kumar berkata ini bukanlah kali pertama terdapat aduan mengenai kebersihan makanan di sekolah itu. – Sumber AFP
OLEH : IBNU K

0 comments:

Post a Comment